Lilypie Breastfeeding PicLilypieBreastfeeding Ticker

mama haziq

mama haziq

Papa Haziq

Papa Haziq

Haziq diusia 8jam

Haziq diusia 8jam

Saturday, June 21, 2008

Ubah atau Tambah

Ubah atau Tambah

Selepas kenaikan minyak diumumkan sehingga 40% kenaikan, rata-rata rakyat kebanyakan mengeluh. Banyak blog² yang aku lawati juga, menulis tentang isu kenaikan minyak dan kesan yang dirasainya. Semua mengeluh tentang kenaikan tersebut dan menyalahkan kerajaan.

Kenaikan ini menyebabkan, nilai pendapatan kita menjadi kurang. Bagi mereka yang berkerja jauh (sudah menjadi trend) dan menggunakan pengangkutan sendiri sepenuhnya pasti akan merasa bebanan ekoran kenaikan ini. Bebanan ini sudah pasti tidak dapat dielakkan lagi. Akhirnya, jumlah gaji bulanan yang kita dapat hasil penat lelah kita, sebahagiannya habis dibelanjakan untuk minyak dan juga tol (jika ada). Sebahagian lagi yang entah cukup atau tidak dihabiskan untuk sara hidup. Jika tidak cukup, maka terhasillah idea ubah gaya hidup. Segala jenis idea yang logik dan masuk dek akal diutarakan. Naik pengangkutan awam, "car pool", bawak kereta pada kelajuan kurang 80km/j, rancang perjalanan, kurangkan makan di luar, kurang membeli apa yang tidak perlu dan macam² lagi. Secara logiknya memang boleh diamalkan, tapi secara realitinya adakah ia praktikal. Sampai bila kita harus ubah gaya hidup. Sekirannya selepas ini ada lagi kenaikan minyak (sudah semestinya), gaya hidup yang bagaimana pula perlu diubah?

Dulu, semasa kenaikan minyak sebanyak 30sen, isu ubah gaya hidup yang sama dilaungkan. Segala jenis kaedah penjimatan diumumkan kerajaan. Dan seperti yang kita sedia maklum, isu yang timbul ini hanyalah "hangat-hangat tahi ayam". Kita tunggulah 2,3 bulan lagi. Ianya akan menjadi seperti sedia kala. Segala amalan ubah gaya hidup kembali berubah menjadi seperti sebelumnya. Tetapi dengan kenaikan 40% ini, adakah scenarionya sama seperti kenaikan 30sen dulu. Kita tunggu dan lihat.

Cuba kita fikir di luar kotak. Selain dari ubah gaya hidup dan berjimat cermat, apa lagi cara yang boleh kita buat untuk menyerap bebanan kenaikan 40% ini. Salah satunya yang aku terfikir, ialah menambahkan pendapatan. Banyak cara untuk menambahkan perdapatan, tidak semestinya keje yang mengeluarkan tenaga yang banyak. Kita boleh mulakan pendapatan sampingan dengan mengesploktasikan kemahiran yang kita ada. Kalu kita pandai menulis blog, teruskan menulis, sentiasa kemaskini dan kemukakan entri-entri yang memberi input positif kepada pembaca blog kita. Apabila blog kita semakin mendapat tempat, cari pendapatan melaluinya dengan membenarkan iklan diletakkan diblog kita. Kita boleh menyediakan ruangan iklan untuk disewa. Selain itu subscribe dengan Google Adsense , Nuffnang atau Adverlets (seperti yang saya lakukan di blog saya). Memanglah pendapatannya tidak seberapa, tapi siapa tahu blog anda mampu menghasilkan pengunjung yang ramai. Belum cuba belum tahu.

Cari kerja lain yang menawarkan gaji lebih tinggi dari sekarang. Idea ini untuk mereka yang masih muda dilihat masuk akal. Aku sekarang sedang berkira² untuk berpindah ke tempat keje lain yang menawarkan gaji lebih dari sekarang. Alhamdulillah, sudah mendapat "offer". Kita tunggu yer..

Semoga "post" nie dapat memberi input positif untuk anda. :)


Jalan-Jalan Atas Talian
------------------------



iMotivasi.com
RinggitSavers.Com


Friday, October 26, 2007

lauk for today..hehe

hehe sup daging neh semestinye kpunyaan aku seorg..najib takde layan nye sup neh..mau tak, tgk la kaler pon, mcm sup ke tuh.. lada itam+halia+bwg putih yg di blen se blen nyer.. dgn byk skali... sup for org dlm pantg..panasssss...
wpon panas n x sdap.. tp aku suka... bley buang abes lelemak yg x dperlukan dlm bdn aku neh.. hishhh nyampah aku tgk sisa lemak yg tggal neh.. bile la nak nyahh dr tubuhku..
ni plak kurma daging..one of najib's fav.. n for sure la die sorang je yg akan telan kurma dagg neh.. takmo la aku.. tgk la myak2 yg terapong tuh..owhh tidakkkk.....

ni plak kerang rebus.. simple n very the easy to buat.. sempoi sesangat.. aku masak je ape yg ade dlm peti ais tu..tak rajin la nak kua beli itu ini.. okla tu, kang b4 mkn kang goreng plak sayo bayam,wat sambal blacan n goreng ikan masen (sdap mkn dgn kurma dagg)... fuhh bpeluh aku masak kat dapo..luckily,haziq tdo dgn nyenyaknye..cam phm plak mama die sebok...

haziq got fever

22hb lepas bwk haziq p cucuk imunasasi for 2 months.. iskk cian dia, demam2 kena cucuk.. ughh pjg sguh jarum yg mnusuk peha haziq..x sggup aku tgk..
n next injection is on 19th nov.. alahai demam lagi la dia.. x sggup nye tgk jrum kejam tuh..
haziq 2months now and his weight is 6kg.. so impressive.. sebulan 4kg,now 6kg..naik 2kg within a month.. suma tgk haziq mesti kata... semangatnyerrr... Alhamdllah.. that kalimah always came out from my mouth.. muke dah empat segi anak mama neh.. hehe
HAZIQ DGN MUKE 4 SEGI NYER..

skang aku kat umah dlm misi nak perabih set bsalin yg dah dibeli b4 aku bsalin ritu.. tp masa pantg x bsentoh pon bcuz of haziq, for the sake of haziq's health.. haziq kne kuning lame, juz after delivery,kne tahan kat wad pai 10hari.. iskk salah satu knangan pahit n x dpt dlupakan spjg kat wad..sian dia ari2 kne cucuk amek drh.. dah kua wad pon kuning stil tggi,tp not that high lah.. below 250 but stil not in the good condition.. so kne lagik amek darah...ahhh aku dah serik ospital amek darah,then aku gi pakar pediatrik jerk..cucuk n mase tu trus dpt result..cucuk pon kat tapak kaki,cket je..xde pon gune jarum pepanjg tuh... after a week, br turun below 150.. very legaaaaaaaaaaa...
so, i was advised not to take any herbs medication lah during haziq kuning tuh..that was y aku x sentuh lgsg set bsalin tuh.. spjg dlm pantg, juz brurut,btungku,pkai bengkung.. disamping jaga pemakanan... n telan bidadari... sbb aku breast feed haziq, so xleh la nak amek set bsalin tuh cuz takot efek susu bdn.. as we know, bila baby kene jaundice neh..susu bdn aje yg buleh pulihkan dia.. susu kambg sume tuh sampingan.. n better not to take la such things.. juz keeps on breastfeeding...
tak apo lah, demi anak tersayg, aku lupakan set bsalin tuh.. hehe tp after abes confinement days tuh.. berat turun byk gak even x amek set bsalin pon..hehe..Alhamdllah... dr 67kg drop to 57kg and now 55kg... hehe mission nak ilang kan lagi 6kg to go back to my weigth b4 pregnancy dlu..
as for now,haziq dah sehat Alhamdllah...tgerak plak ati aku nak sental sgala mak nenek set bsalin tuh.. perghh param,pilis,tapel,teh herba,herba mandian,herba vagina,ubat tablet etc sume lengkap.. aku telah bjaya wat umah aku bau herba ari neh.. hehe... syok gak ekk pakai sgala mak nenek tuh... tp, pehhhh very the PANASS.. padan la aku x dbenarkan makan jamu dlu...
tp aku x amek as instructed, aku amek sket2 je takot susu panas... kang naik rashes la ape la kat haziq, haru plak.. mau kne aku ngan laki aku kang.. hehe..cuz stil breastfeed die..
ehh anak mama dah bgn... wokeh lah time to belek haziq... pasni nak masak.. blum tau lagik nak masak ape..

Friday, October 5, 2007

Rayaaaaa



selamat ari raya suma.. hehe semangatnye aku nak beraya taon ni..cit gaya cam bulan ni posa penuh ja.. yea yea kamis depan balek umah atok (haziq nyanyi ekk bukan mama die..) pas saho awal2 pg akan aku btolak pulang ke pb setelah 5 bulan x balek..sampai may b tghari if xde aral yg melintang.. taon ni kali ptame aye ade baby..uishh bestnye.. n taon ni jugak la kali ptame aku akan terima duit raya( behalf of my son ler..bestnye..bestnye..) tapi kopak gak poket laki aku.. anak sedare+sepupu2 yg kicit2 byk kat kg.. takpe.. staon skali je.. kueh? heh aku habok kueh pon takde kat umah..suma mak aku yg sediakn,smpai ja pb anti akan aku sental cukop2 kueh aye mak aku.. lamenye x mkn kueh aye!
tapi aye tu aye gak,xleh nk sntal ikot suka.. br je abes pantang neh..
ari ptame plan balek kg aje then lepak kat umah.. haziq kicit lagik,x nak la nk usung kehulu kehilir, aku hanye mnanti kdtgan org aje yg melawat aku kat umah.. so,kengkwan kat pb..mariiiii... aku tgguuu!!! petang2 ket, baru kuaq bjalan balek..p penang, umah ibin kat tanjong tokong.. alang2 p umah suma geng2 kat arau dlu yg mana penang ait.. abes2 tu balek umah ler..dok umah aje..aye ke2,ke3 suma lepak kat umah.. tgk tv.. hurmmm cite best2 aku tgk aye neh..mane bley jadik... kaki tv gak haku neh

Tuesday, October 2, 2007

MERDEKA...!!

ari ni adalah ari ke 45 pas aku bsalin.. yuhuuuuu dah merdeka!!! legaaaaaaa.. abes pantang!!!
boring tol pantg..taktau wat mende..x bebas.. wpon haku ni pantg bih kurang je tp tu pon dah cukop mbosankan..camne la org yg pantg gile2 tuh..huh..???
aku ais,bende2 sejok tuh stil pantg,slow2 lah tuka.. stokin tuh stil pakai lagik.. yg bubah nye cume dah x btungku.. bengkung tuh pakai lagik.. n beza nya haku dah mule diizikan tuk kua gi pasar ramadan sorang2.. hehe.. kecoh jer nak beli itu ini..padahal bukan pose pon.. huhu!!
alah aku kan saje2 x pose.. tp dah xleh pose..nak wat camne... cume,jenoh la aku nk mbayar nye anti.. takpe..plahan2 la bayar...

Friday, September 28, 2007

blog baru hamba

lupa nak war2 kan..sesungguhhnya blog neh blog baru hamba.. blog lama mana p..??
masih wujud tp haku ni la.. lupa plak password... padan muka trus xleh log in..mcm2 sgt,mana satu haku pon taktau..ampa tgk la,btapa lama haku x jengok..pai lupa abeh.. x pa la..anggap ja bukan rezki patik..

wpon blog neh lain, tp pemilik blog ini tetap sama dr segala aspek yg anda smua telah sedia maklum..beliau ini sangat cun dan best orangnya..janganlah menidakkan kenyataan ini hanya kerana perasaan iri hati. dan AWAS! beliau yang dimaksudkan sudah berkahwin dan BARU dikurniakan seorang anak lelaki yang comel seperti ibunya jua. blog ini mengandungi lontaran-lontaran bernas lagi sinis serta catatan peristiwa-peristiwa manis yang dialami beliau dan keluarganya..

sekian...

Bio-faktor susu ibu



Mengandungi pelbagai protein, lemak, karbohidrat dan mineral yang saling ‘bekerjasama’

EMPAT bulan pertama selepas kelahiran adalah saat paling penting dalam kehidupan setiap bayi dan kekurangan walau satu nutrien dalam tempoh ini boleh menjejaskan perkembangan si kecil, terutama sistem saraf dan imun.

Secara umumnya bayi memerlukan sekurang-kurangnya 30 jenis nutrien yang boleh diperoleh secukupnya dalam susu ibu. Susu ibu mengandungi pelbagai jenis protein, lemak, karbohidrat dan mineral yang saling ‘bekerjasama’ dan gabungan ini dikenali sebagai bio-faktor.

Walaupun kebaikan susu ibu diketahui sejak zaman berzaman, banyak perkara masih menjadi misteri kepada pakar perubatan dan saintis, terutama mengenai komposisi kandungannya yang berubah-ubah mengikut keperluan bayi.

Secara umumnya susu (sama ada susu manusia atau haiwan, terutama lembu) ada banyak jenis protein yang dipanggil protein casein dan whey. Berbanding dua jenis protein ini, protein whey dianggap lebih baik kerana ia mudah dihadam.

Sehingga kini banyak kajian dilakukan ke atas susu ibu, terutama terhadap kandungan proteinnya dan antara yang istimewa ialah penemuan komponen utama protein whey iaitu alfa-laktalbumin (protein alfa).

Apa keunikan protein alfa? Ia sejenis protein mudah larut yang membabitkan banyak jenis asid amino perlu seperti triptofan, sistein dan leusin. Semua asid amino ini memainkan banyak fungsi penting dalam memastikan tumbesaran dan perkembangan bayi berlaku dengan sempurna.

Tidak kira bagaimana corak pemakanan si ibu, kajian menunjukkan susu dihasilkan secara umumnya mengandungi kandungan protein alfa yang lebih kurang sama di seluruh dunia, kata Pensyarah Jabatan Sains Makanan dan Nutrisi Manusia, Universiti Illinois, Profesor Eric Louis Lien.

“Keperluan protein bayi adalah sangat khusus. Kekurangan satu jenis amino asid boleh menjejaskan perkembangan mereka secara keseluruhan. Setakat ini, hanya susu ibu boleh membekalkan semua keperluan bayi dan belum ada susu formula dapat menandinginya.

“Susu ibu ada komposisi asid amino yang tepat mengikut umur bayi. Ini sebabnya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan wanita menyusukan bayi secara eksklusif sekurang-kurangnya enam bulan supaya anak mendapat semua manfaat yang diperlukan dalam tempoh awal kehidupan mereka,” katanya.

Uniknya, kandungan susu, khususnya protein alfa, tidak banyak berbeza, walaupun corak pemakanan tidak sama. Kajian ke atas 450 sampel susu ibu dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Jepun, Filipina, Chile, Kanada, China dan Mexico mendapati tahap protein alfa agak sama, iaitu dengan purata 2.5 g/l.

Perbezaan diet (contohnya bagi wanita Kanada yang banyak makan daging dengan wanita China (nasi dan sayur-sayuran) tidak menunjukkan perbezaan ketara kandungan protein alfa dalam susu ibu.

Bagaimanapun, Dr Lien tidak menolak amalan pemakanan yang sangat buruk boleh menjejaskan kualiti susu ibu, terutama paras protein, sesetengah jenis vitamin dan mineral.

Namun, perkara ini jarang berlaku kerana kebanyakan wanita kini mempunyai kesedaran tinggi terhadap penjagaan makanan ketika mengandung.

Namun, bukan semua wanita dapat menyusukan anak secara eksklusif selama enam bulan. Ramai ibu bekerja beralih kepada susu formula sebagai makanan alternatif sementara mereka di pejabat dan kembali memberi susu badan apabila pulang ke rumah.

Tindakan ini disifatkan amalan baik kerana bayi masih boleh mendapat manfaat susu ibu. Untuk menyaingi kebaikan susu ibu, kebanyakan pengusaha terpaksa meningkatkan tahap protein.

Dr Lien berkata, secara umumnya susu ibu mengandungi 60 peratus protein whey dan 40 peratus protein casein, manakala susu lembu mengandungi 20 peratus protein whey dan 80 peratus protein casein.

Dalam susu formula (susu lembu) kandungan protein alfa hanya sekitar 0.5 g/l dan 1.3 g/l (dalam susu formula diperkaya protein whey) berbanding 2.4 g/l dalam susu ibu.

Untuk menyamai kebaikan susu ibu, pengusaha cuba meningkatkan kandungan protein dalam susu formula. Kandungan protein susu formula biasanya lebih tinggi (antara 14 hingga 18 g/l) berbanding hanya 9 hingga 11 g/l dalam susu ibu.

Namun, kandungan protein berlebihan ini ada keburukannya kerana boleh menyebabkan beberapa masalah atau tekanan kepada sistem pencernaan dan organ bayi yang masih kecil untuk bekerja lebih kuat.

Malah, kajian dilakukan untuk membandingkan kesan ketoleranan usus (GI) antara susu ibu dan formula. Didapati bayi yang diberikan susu ibu tidak banyak mengalami masalah GI seperti sembelit, sakit perut, asid refluks, perubahan pada najis, cirit-birit, gangguan pada rektum (bahagian akhir usus besar) dan keradangan usus.

Justeru, kata Dr Lien, wanita perlu menyusukan bayi mereka sekurang-kurangnya enam bulan secara eksklusif dan penyusuan boleh diteruskan selagi terdaya kerana walaupun selepas dua tahun, susu ibu masih banyak khasiatnya.

>Kesan protein berlebihan

> Tekanan metabolik.

> Muatan berlebihan ke atas buah pinggang bayi.

> Insulinogenik (berlebihan asid amino merangsang badan menghasilkan lebih banyak insulin, sedangkan ia tidak diperlukan).

> Mengubah kandungan air dalam badan.

> Kemungkinan mengalami obesiti.